Canva (Resume)

6 Disember 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Disember 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas menggunakan canva iaitu membuat resume. Kelas tersebut dihadiri oleh belia yang ingin mengisi kekosongan kerja. Objektif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk merekabentuk resume yang profesional. Selain itu, canva mempunyai template yang menarik dan sesuai untuk membuat resume. Seterusnya, canva boleh menyimpan dan edit seberapa banyak versi yang disuka serta boleh menjimatkan masa pada format dan mengedit. Dengan adanya platform canva ini resume yang dihasilkan menjadi menarik, cantik serta lebih padat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali